Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

MAJLIS PENETAPAN DAN LANTIKAN PANGKAT TIMBALAN PESURUHJAYA POLIS, PPDB

GADONG, Isnin 16 Jun 2025 - Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Baginda telah berkenan mengurniakan titah perkenan bagi Yang Amat Mulia SAC Pengiran Anak Haji Mohammed Saifullah bin Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris, Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis untuk ditetapkan dan dilantik dalam jawatannya sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), berkuat kuasa mulai 12 Jun 2025. 

Sejurus itu, majlis lantikan telah diadakan pada pagi tadi bertempat di Dewan Bankuet Mess, Kompleks Ibu Pejabat PPDB, Gadong. 

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum AlIslam binti Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien berkenan berangkat bagi menyaksikan lantikan pangkat anakanda. Berangkat sama, Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bin Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar. Turut hadir ialah isteri Yang Amat Mulia, Yang Mulia Dayang Nur Akmalia binti Lt Kol (B) Awang Iskandar. 

Majlis disempurnakan oleh Yang Mulia CP Dato Seri Pahlawan Sulaiman bin Alidin, Pesuruhjaya Polis, PPDB, dengan penyampaian surat lantikan dan pemakaian pangkat. Hadir sama, isteri kepada Pesuruhjaya Polis PPDB, Yang Mulia Datin Sabrina binti Abdullah. 

Majlis kemudiannya diserikan dengan bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh Yang Mulia APO S/Sgt 6472 Muhd Yusri bin Haji Abu Bakar, Imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong, dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai serta menikmati jamuan ringan. 

majlis kenaikan pangkat CP dan DCP.jpg

majlis kenaikan pangkat CP dan DCP 3.jpg

majlis kenaikan pangkat CP dan DCP 1.jpg

majlis kenaikan pangkat CP dan DCP 2.jpg

DIkeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS 

IBU PEJABAT POLIS 

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI 

Attachments