Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

MAJLIS KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI KANAN PPDB

GADONG, Khamis 12 Jun 2025 - Pada Menjunjung Titah Perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, seramai enam belas (16) orang pegawai polis telah dinaikkan pangkat yang berkuatkuasa bermula pada 9 Jun 2025.

Satu majlis rasmi telah diadakan di Dewan Bankuet Mes, Kompleks Ibu Pejabat Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) bagi meraikan pegawai kanan polis yang menerima kenaikan pangkat. 

Majlis diserikan dengan kehadiran selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Mulia DCP Dato Seri Pahlawan Sulaiman bin Alidin, Pemangku Pesuruhjaya Polis, PPDB bersama Yang Mulia Datin Sabrina binti Abdullah selaku Pemangku Yang Dipertua Pekerti. 

Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Amat Mulia SAC Pengiran Anak Haji Mohd Saifullah bin Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris, Pengarah Jabatan Pentadbiran Am dan Kewangan, PPDB bersama Yang Mulia Dayang Nur Akmalia binti Lt. Kol (B) Awg Iskandar. 

Berserta turut menghadiri Pengarah-Pengarah, Timbalan-Timbalan Pengarah, Pegawai-Pegawai Pemerintah dan Ketua Formasi PPDB. 

Pegawai-pegawai yang dinaikkan pangkat terdiri dari 2 orang pegawai kanan kenaikan pangkat dari Penguasa Kanan Polis (SNR.SUPT) ke jawatan Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP), Seorang pegawai kanan kenaikan pangkat dari Penguasa Polis (SUPT) ke jawatan Penguasa Kanan Polis (SNR.SUPT), seramai 7 orang pegawai kanan kenaikan pangkat dari Timbalan Penguasa Polis (DSP) ke jawatan Penguasa Polis (SUPT) dan seramai 6 orang pegawai kenaikan pangkat dari Penolong Penguasa Polis (ASP) ke jawatan Timbalan Penguasa Polis (DSP). 

Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Yang Mulia APO S/Sgt 6472 Muhd Yusri bin Haji Abu Bakar, Imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong dan sesi bergambar ramai. 

Sehubungan dengan ini, mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pegawai-pegawai kanan yang telah menerima kenaikan pangkat pada hari ini. Semoga dengan kenaikan pangkat ini mendorong semangat dalam perkhidmatan di PPDB.

KENAIKAN PANGKAT-PANGKAT 6.jpeg​ KENAIKAN PANGKAT-PANGKAT 1.jpeg

​​KENAIKAN PANGKAT-PANGKAT 2.jpeg

KENAIKAN PANGKAT-PANGKAT 4.jpeg

KENAIKAN PANGKAT-PANGKAT 3.jpeg

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS 

IBU PEJABAT POLIS 

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI

Attachments