Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

DUA WARGA TEMPATAN DITAHAN MEMILIKI BARANG TEGAHAN

TEMBURONG, Rabu 11 Jun 2025 – Balai Polis Bangar, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), telah menjalankan rondaan di beberapa kawasan sekitar Bangar. Semasa pemantauan di kawasan Kampong Puni, pihak polis telah mengesan sebuah kenderaan yang mencurigakan. 

Kejadian itu berlaku kira-kira pada jam 8.00 malam semalam apabila sebuah kereta jenis Proton Exora telah diarahkan untuk berhenti oleh pihak polis akan tetapi pemandu kereta tersebut gagal mematuhi arahan sehingga mencetuskan aksi kejar mengejar. 

Walau bagaimanapun, kenderaan suspek berjaya dihentikan dan ditahan di kawasan Jambatan Pekan Bangar. Pemeriksaan lanjut oleh pihak polis telah menemui sebuah plastik yang mengandungi barang tegahan, terdiri daripada 13 karton dan 10 paket rokok pelbagai jenis. 

Kedua-dua suspek, yang merupakan warganegara tempatan, telah dibawa ke Balai Polis bersama barang tegahan yang dirampas dan kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) bagi tujuan siasatan serta tindakan lanjut. 

PPDB sentiasa mengingati orang awam agar sentiasa akur dengan mematuhi peraturan-peraturan yang telah diperuntukkan di Negara Brunei Darussalam. PPDB ingin menyeru kepada orang ramai bagi menyalurkan dan mengongsikan sebarang maklumat mengenai kegiatan jenayah ke PPDB melalui talian 993 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan. 

BP bangar.jpeg

BP bangar 1.jpeg

BP bangar 2.jpeg

BP bangar 3.jpeg

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS 

IBU PEJABAT POLIS 

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI 

Attachments