Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

OPERASI SEPADU TUMPASKAN AKTIVITI BARANG TEGAHAN

TUTONG, Rabu 11 Jun 2025 – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam operasi sepadu yang melibatkan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) telah menjalankan serbuan di sebuah rumah di kawasan Bukit Udal, yang berhubung kait dengan aktiviti penjualan minuman keras. 

Serbuan ini dilakukan susulan maklumat risikan mengenai aktiviti penjualan dan penyimpanan minuman keras tanpa lesen di premis tersebut. Pemeriksaan yang dijalankan berjaya menemui pelbagai jenis minuman keras sebanyak 24 botol dan 31 tin dipercayai di sembunyikan di bilik tidur dan kawasan belakang rumah. 

Operasi ini berjaya menangkap suspek seorang lelaki, warganegara tempatan bangsa cina dalam lingkungan 66 tahun. Suspek bersama barang rampasan diserahkan kepada pihak JKED untuk siasatan dan tindakan lanjut. 

PPDB dan JKED dalam operasi ini menunjukkan komitmen berterusan dalam membanteras aktiviti penyeludupan dan penjualan minuman keras. Orang ramai digalakkan untuk menyalurkan sebarang maklumat mengenai kegiatan jenayah dan penyeludupan kepada pihak berkuasa sekiranya mengesyaki sebarang kegiatan yang mencurigakan. 

JKED TT 1.jpeg

JKED TT 2.jpeg

JKED TT.jpeg

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS 

IBU PEJABAT POLIS 

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI 

Attachments