GADONG, Selasa 10 Jun 2025 – Badan Ugama Islam (BUI), Pasukan Polis Diraja Brunei
(PPDB) telah mengadakan Majlis Ibadah Korban sempena Hari Raya Aidiladha bagi
tahun 1446 Hijrah / 2025 Masihi yang telah berlangsung di Surau IbuPejabat Polis
Gadong, pagi tadi.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Pesuruhjaya Polis, Yang Mulia DCP
Dato Seri Pahlawan Sulaiman bin Alidin.
.
Turut hadir ialah Yang Amat Mulia SAC Pengiran Anak Haji Mohammad Saifullah bin
Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris, Pemangku
Timbalan Pesuruhjaya Polis, Timbalan Penguasa Polis (DSP) Muhammad Aimi
Safwan bin Zalidin selaku Pengerusi BUI, pengarah-pengarah, timbalan-timbalan
pengarah, pegawai-pegawai pemerintah, pegawai-pegawai serta anggota dan warga
Pasukan PPDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Laungan Takbir Hari Raya
dipimpin oleh Imam Surau Polis Gadong, APO Staf Sarjan 6472 Mohammad Yusri bin
Haji Abu Bakar dan kemudiannya diteruskan dengan pengagihan daging-daging
korban oleh tetamu kehormat kepada penerima. Majlis tersebut diakhiri dengan
bacaan Doa Selamat.
Pada tahun ini, seramai 12 orang peserta menyertai ibadah korban yang melibatkan
2 ekor sapi dan 4 ekor kambing untuk dikorbankan.
Majlis Ibadah Korban ini memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi
Ismail Alaihi Salam dapat mengasuh dan mendidik diri untuk bersikap sabar terhadap
apa jua ujian yang diberikan oleh Allah Subhanahu Wata'ala dalam kehidupan.
Ketahuilah, apa pun jua keadaan dan musibah yang berlaku, semuanya itu adalah
ketentuan dan ketetapan daripada Allah S.W.T.




Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI