Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

KEJADIAN KEMALANGAN MELIBATKAN MAUT

KUALA BELAIT, Selasa, 13 Mei 2025 – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) ingin memaklumkan mengenai satu insiden kemalangan maut yang melibatkan seorang individu yang sedang berjoging, yang telah dilaporkan berlaku pada malam Selasa, kira-kira jam 8.00 malam, 13 Mei 2025. 

Kejadian tragis tersebut berlaku di kawasan Perumahan Lumut, Jalan Balingkawang, dan melibatkan seorang lelaki warganegara tempatan berumur 40 tahun. 

Siasatan telah dijalankan bagi mengenalpasti faktor-faktor punca kemalangan. Sehubungan itu, pihak PPDB menyeru orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian tersebut agar tampil membantu siasatan dengan memberikan keterangan kepada pihak polis. 

PPDB ingin menasihatkan para pemandu agar sentiasa berwaspada dan memberikan perhatian penuh ketika memandu, terutamanya di kawasan perumahan dan laluan berhampiran taman rekreasi yang sering digunakan oleh pejalan kaki dan individu yang berjoging. Langkah berjaga-jaga seperti ini amat penting bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. 


Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS 

IBU PEJABAT POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI 

Attachments