Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

OPERASI PEMANTAUAN BP BANGAR BERJAYA MERAMPAS BARANG-BARANG DITEGAH.

TEMBURONG, Khamis 8 Mei 2025 – Pegawai dan anggota Balai Polis Bangar, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah berjaya mematahkan percubaan membawa masuk barang tegahan di pekan Bangar. 

Pada kejadian petang hari Khamis pihak PPDB telah mendapati sebuah van sewa kerajaan dengan dua orang individu didalam keadaan mencurigakan. Peronda cuba bertindak untuk menahan kenderaan tersebut bagi tujuan membuat pemeriksaan. 

Setelah menyedari kehadiran Polis, van terus bertindak melarikan diri dari ditahan dan satu aksi kejar mengejar telah berlaku sehingga memasuki ​kawasan Kg Menengah. Kedua suspek tersebut telah melarikan diri di kawasan hutan berdekatan. Setelah membuat pemeriksaan kedalam van yang ditinggalkan, didapati beberapa bag plastik hitam yang mengandungi jumlah katon minuman keras yang banyak. 

Barang tegahan dan kereta van dibawa ke Balai Polis Bangar untuk siasatan lanjut dan mendapati Minuman keras berjumlah 862 tin dan 48 botol. Van serta barang - barang tegahan telah diserahkan kepada pihak Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) untuk tindakan lanjut. 

PPDB akan sentiasa membuat rondaan bagi memastikan keselamatan negara terutama sekali di kawasan sempadan negara dari kegiatan jenayah dan menyeru orang ramai tidak melibatkan diri perbuatan yang meyalahi undang undang Negara Brunei Darussalam. 

Pasukan Polis Diraja Brunei ingin menyeru orang ramai bagi menyalurkan dan mengongsikan sebarang maklumat mengenai apa jua kegiatan jenayah ke Pasukan Polis Diraja Brunei melalui talian 993 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan. menggagalkan lagi kegiatan penyeludupan barang-barang tegahan hasil daripada operasi pemantauan dan pencegahan jenayah yang dijalankan di kawasan Bangar. 


Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS 

IBU PEJABAT POLIS 

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI

Attachments