Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

OPERASI PEMANTAUAN BALAI POLIS BANGAR BERJAYA MERAMPAS BARANG-BARANG DITEGAH.

TEMBURONG, Rabu 7 Mei 2025 – Dua hari berturut-turut, pegawai dan anggota Balai Polis Bangar, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), telah berjaya menggagalkan beberapa kegiatan penyeludupan barang-barang tegahan hasil daripada operasi pemantauan dan pencegahan jenayah yang dijalankan di kawasan Bangar. 

Pada 6 Mei 2025, pihak polis telah menahan sebuah kenderaan yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan (50 Tahun) disyaki membawa barang tegahan dalam perjalanan menuju ke Daerah Brunei dan Muara. Pemeriksaan lanjut telah menemui sejumlah 180 botol minuman keras dan 624 tin minuman keras, yang dipercayai telah diseludup masuk dari negara jiran. 

Manakala bagi operasi hari ini, setelah pihak polis mendapati maklumat mengenai dengan aktiviti yang mencurigakan di jalan kubur Belais, Temburong dan setelah diperiksa lebih lanjut, beberapa kotak plastik berwarna hijau yang mengandungi 24 botol minuman keras dan 96 tin minuman keras telahpun ditemui di kawasan semak berhampiran dengan Sungai Belais, Temburong.

Kedua-dua kes ini telah dilaporkan di Balai Polis Bangar dan diserahkan kepada Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) untuk siasatan lanjut. 

Pihak PPDB menegaskan dan menyeru orang ramai agar tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti jenayah atau melanggar undang-undang negara, yang boleh membawa kesan buruk kepada diri sendiri dan keluarga. PPDB akan terus komited dan giat menjalankan usaha membanteras serta mengekang segala bentuk kegiatan penyeludupan barang-barang tegahan di negara ini. 


Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS 

IBU PEJABAT POLIS 

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI 

Attachments