Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

BENGKEL VALIDASI “ASEAN INTERNATIONAL LEGAL COOPERATION (ILC) HANDBOOK AND ASEAN INTERNATIONAL LEGAL COOPERATION (ILC) COMPENDIUM”

BANGKOK, THAILAND Rabu 7 Mei 2025 - Delegasi Negara Brunei Darussalam (NBD) yang menghadiri Bengkel mengenai Buku Panduan dan Kompendium ASEAN Kerjasama Perundangan Antarabangsa Pemerdagangan Orang Fasa Kedua terdiri daripada Jabatan Perdana Menteri, Bahagian Keadilan Jenayah Pejabat Peguam Negara, Unit Siasatan Pemerdagangan Manusia (USPM) Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) di dalam kapasiti sebagai wakil Jawatankuasa Kerja Kebangsaan bagi Anti pemerdagangan Orang. Bengkel ini telah diadakan selama dua (02) hari dari 06 hingga 07 Mei 2025 yang dianjurkan oleh Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN mengenai Jenayah Transnasional (Senior Officials Meeting on Transnational Crime) dengan kerjasama Program Counter Trafficking ASEAN-Australia (ASEAN-ACT) dan Pejabat Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (United Nations Office on Drugs and Crime). 

Objektif Bengkel ini diadakan selaras dengan perlaksanaan ASEAN Convention Against Trafficking in Persons, Especially Women and Children (ACTIP) dan ASEAN Multi-Sectoral Work Plan Against TIP 2023-2028 (Bohol TIP Work Plan 2.0) yang mana bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama undang-undang antarabangsa (formal dan tidak formal) di kalangan negara anggota ASEAN, selaras dengan undang-undang anggota ASEAN dalam jenayah rentas sempadan khasnya kes pemerdagangan orang (TIP). Projek ini bertujuan untuk mengemaskini Buku Panduan ASEAN mengenai Kerjasama Undang-undang Antarabangsa dalam Kes Pemerdagangan Orang dan menyediakan Kompendium ASEAN mengenai Kerjasama Undang-undang Antarabangsa mengenai Kes Pemerdagangan Orang. Dalam masa yang sama, menyebarkan dan memaklumkan pihak berkepentingan dengan lebih luas mengenai Buku Panduan ASEAN dan Kompendium ASEAN mengenai Kes Pemerdagangan Orang untuk meneroka mana-mana kolaborasi masa depan. Dua dokumen ini dijangka akan dibincangkan secara lanjut untuk persetujuan (endorsement) semasa Mesyuarat Senior Officials Meeting on Transnational Crime (SOMTC) kali Ke-25 nanti. 

Bengkel ini dihadiri oleh 69 wakil daripada pelbagai ASEAN Sectoral Bodies termasuklah dari sebelas buah negara menyertai bengkel berkenaan. Program ini juga turut menggalakkan hubungan kerjasama antarabangsa dan bertukar-tukar fikiran serta pandangan mengenai kes pemerdagangan orang yang semakin komplek dan memastikan respon yang lebih kukuh terhadap apa jua bentuk eksploitasi pemerdagangan orang. 


Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS 

IBU PEJABAT POLIS 

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI

Attachments