Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

PPDB BERKAS 02 ORANG LELAKI DI GELANGGANG SABUNG AYAM

TUTONG, Isnin 5 Mei 2025 - Seramai 02 orang lelaki ditahan selepas pegawai dan anggota Balai Polis Tutong, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), menyerbu kegiatan sabung ayam yang dijalankan di kawasan Tanah lapang milik kerajaan dalam hutan Jalan Nong Janang, Kg Bukit Udal Tutong. Serbuan pada 30 April lalu adalah hasil maklumat dan bantuan daripada Jabatan Perisikan Jenayah (JPJ). 

Setibanya di lokasi kejadian, didapati satu kegiatan perjudian sabung ayam dijalankan, lalu serbuan dibuat oleh pihak Polis dan berjaya menahan 2 orang suspek lelaki warga tempatan. Sejurus menyedari akan kehadiran pihak polis beberapa orang yang terlibat telah melarikan diri ke dalam hutan. 

Hasil serbuan berjaya merampas dua belas (12) ekor ayam, tujuh (7) kotak untuk penyimpanan ayam, satu (1) bakul timbangan jenama Camry dan wang tunai milik suspek berjumlah BND$255.00 yang digunakan untuk perjudian sabung ayam. 

Kesemua suspek dan barang bukti dibawa ke Ibu Pejabat Daerah Polis Tutong untuk siasatan selanjutnya. Pertuduhan terhadap kedua-dua suspek dikemukakan di bawah Seksyen 6 (1) Akta Rumah-Rumah Perjudian Terbuka Penggal 28. 

PPDB akan sentiasa berterusan menjalankan pemantauan dan risikan dalam objektif utama untuk menangani serta membanteras sebarang aktiviti-aktiviti salah yang melanggar akta perundangan di negara ini. 

PPDB juga menasihatkan orang ramai untuk menyalurkan apa jua maklumat yang berunsur kegiatan jenayah melalui talian kecemasan polis 993 atau melaporkan ke Balai Polis yang berdekatan. 


Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS 

IBU PEJABAT POLIS 

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI

Attachments