KUALA LUMPUR, MALAYSIA 24 April 2025 Delegasi Negara Brunei Darussalam (NBD)
telah menghadiri bengkel berkaitan jenayah pemerdagangan orang 'ASEAN Workshop
on Strengthening the Transnational Investigative Cooperation under Head Of Specialist
Anti-Trafficking Unit (HSU) Process Mechanism' bermula 23 hingga 24 April 2025 yang
mana bengkel ini merupakan salah satu inisiatif dibawah ASEAN Multi-Year Work Plan
2024 – 2028 yang mana telah disahkan ad referendum oleh ASEAN Senior Officials
Meeting on Transnational Crime (SOMTC) pada 12 Ogos 2024 yang bertujuan untuk
mengukuhkan kerjasama dalam kalangan negara anggota ASEAN bagi menangani isu
utama dalam memerangi pemerdagangan orang di rantau ini. Bengkel ini telah
dihadiri oleh wakil daripada Unit Siasatan Pemerdagangan Manusia, Jabatan Siasatan
Jenayah Pasukan Polis Diraja Brunei, Bahagian Sekuriti dan Undang-Undang di Jabatan
Perdana Menteri, dan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.
Objektif bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan dan mengukuhkan kerjasama
penyiasatan rentas sempadan diantara agensi penguatkuasaan undang-undang dan
SOMTC focal person di bawah mekanisme HSU di rantau ASEAN. Selain itu juga turut
bertujuan untuk mengukuhkan proses pengoperasian Terma Rujukan HSU dengan
memperkemaskinikan proses penyiasatan rentas sempadan dua hala dan serantau ke
dalam mekanisme Proses HSU. Program ini juga memperlihatkan kepentingan usaha
kolektif ASEAN untuk memerangi pemerdagangan orang, memperkukuh kerjasama
serantau dan komitmen melindungi golongan rentan (vulnerable group).
Seramai tiga puluh tiga (33) orang dari sebelas buah negara termasuk Timor-Leste
selaku pemerhati (observer) telah menyertai bengkel selama dua (02) hari tersebut.
Wakil daripada Negara Brunei Darussalam telah membentangkan semasa sesi
perkongsikan maklumat yang bertajuk Transnational Trafficking in Persons Case
Identification and Formal and Informal Cooperation Mechanisms for Trafficking in
Persons Cases among ASEAN Member States.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI