Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

POLMAR BERJAYA MEMATAHKAN PERCUBAAN MENYELUDUP BARANG-BARANG TEGAHAN

MUARA, Khamis, 24 April 2025 - Polis Marin (POLMAR), Jabatan Gerakan, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah berjaya mematahkan percubaan membawa masuk barang tegahan melalui perairan negara. 

Pada kejadian petang hari Khamis bot Peronda POLMAR telah mengesan sebuah perahu dengan dua orang individu di dalam bergerak laju di sungai Putat dalam keadaan mencurigakan. Peronda terus bertindak memintas perahu tersebut bagi tujuan membuat penahanan dan pemeriksaan. 

Setelah menyedari kehadiran Polis, perahu suspek terus bertindak melarikan diri dari ditahan dan satu aksi kejar mengejar telah berlaku sehingga perahu suspek memasuki kawasan air cetek di belakang perumahan kampong Bolkiah. Kedua suspek tersebut telah melarikan diri di kawasan darat kampong itu. Dengan bantuan bot dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), perahu suspek telah berjaya ditunda keluar dari kawasan itu, hasil pemeriksaan awal mendapati beberapa kotak dipercayai makanan mentah yang dibawa dari negara jiran. 

Barang tegahan dan perahu dibawa ke POLMAR untuk siasatan lanjut dan mendapati Sayap Ayam seberat 30 Kilo dan 15 paket Tongkeng Ayam. Perahu bersetakan barang - barang tegahan telah diserahkan kepada pihak Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) untuk tindakan lanjut. 

PPDB akan sentiasa mempertingkatkan rondaan bagi memastikan keselamatan negara terutama sekali di kawasan sempadan negara dari kegiatan jenayah dan menyeru orang ramai tidak melibatkan diri perbuatan yang meyalahi undang undang Negara Brunei Darussalam. 

Pasukan Polis Diraja Brunei ingin menyeru orang ramai bagi menyalurkan dan mengongsikan sebarang maklumat mengenai apa jua kegiatan jenayah ke Pasukan Polis Diraja Brunei melalui talian 993 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan. 


Dikeluarkan oleh: 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS 

IBU PEJABAT POLIS 

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments