Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

TAKLIMAT MENGENAI JENAYAH PEMERDAGANGAN ORANG KEPADA PEKERJA-PEKERJA HENGYI INDUSTRIES SDN BHD

BRUNEI-MUARA, Isnin 21 April 2025 - Dalam usaha mempertingkatkan kesedaran dan inisiatif tentang jenayah pemerdagangan orang di Negara Brunei Darussalam, Unit Siasatan Pemerdagangan Manusia (USPM) daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah memberi taklimat mengenai Jenayah Pemerdagangan Orang (Trafficking in Persons) kepada empat puluh dua (42) orang pekerja dibahagian operasi, Hengyi Industries Sdn Bhd di Pulau Muara Besar yang terdiri daripada warga tempatan dan Republik Rakyat China. 

Objektif utama taklimat ini adalah bertujuan untuk memberikan pengetahuan yang lebih dalam dan memahami secara lebih terperinci tentang elemen-elemen dan indikasi di dalam penyiasatan jenayah pemerdagangan orang. Antara perkara yang dibentangkan dalam taklimat ini termasuk maklumat mengenai kes bersejarah (land cases) serta latihan kajian kes melibatkan kes-kes pemerdagangan orang yang telah berjaya didakwa di mahkamah dan memenuhi semua indikasi unsur-unsur pemerdagangan orang, hasil siasatan oleh USPM sejak penubuhannya pada 16 Ogos 2011. Taklimat telah disampaikan oleh Yang Mulia DSP Hajah Anis @ Roszaffina binti Haji Ahmad/Mohd Ariffin berserta anggota-anggota di Unit Siasatan Pemerdagangan Manusia. 

Dikeluarkan oleh: 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS 

IBU PEJABAT POLIS 

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI

Attachments