TEMBURONG, Isnin 07 April 2025 – Balai Polis Bangar, Pasukan Polis Diraja Brunei
(PPDB) telah menerima satu maklumat mengenai sebuah kenderaan membawa
barang tegahan di kawasan Jambatan Sultan Haji Omar Ali Saifuddien.
Rondaan telah dijalankan di kawasan tersebut dan pihak Polis telah mendapati
sebuah kereta jenis sedan yang mencurigakan, lalu aksi kejar mengejar berlaku
sepanjang jambatan berkenaan yang kemudian ditemui berhenti di tengah-tengah
jalan, kawasan Perumahan Tanah Jambu. Pemandu dan penumpang bertindak
melarikan diri serta meninggalkan kenderaan itu.
Pemeriksaan telah dilakukan ke atas kenderaan tersebut dan dijumpai beberapa kotak
bunga api dan rokok elektronik (vape) berbagai jenis yang merupakan barang tegahan
di negara ini. Barang-barang tegahan tersebut dirampas dan diserahkan kepada pihak
Jabatan Kastam Dan Eksais Diraja (JKED) untuk tindakan selanjutnya.
PPDB ingin memperingatkan kepada orang ramai bahawa adalah menjadi satu
kesalahan memiliki dan membawa masuk barang tegahan seperti bunga api dan
rokok elektronik dibawah Akta Kastam. Jika mempunyai maklumat mengenai
sebarang kegiatan penyeludupan, adalah disarankan untuk menyalurkan ke Balai
Polis berdekatan atau melalui talian kecemasan 993.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI