Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

KEMALANGAN JALAN RAYA MERAGUT NYAWA MELIBAT LORI TANGKI AIR DAN 5 BUAH KERETA.

MUARA, Khamis 2 April 2025 - Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) ingin mengesahkan berlakunya satu kejadian kemalangan jalan raya yang telah meragut nyawa seorang lelaki warganegara tempatan. 

Sepertimana yang telah dilaporkan melalui talian kecemasan 993, Kejadian kemalangan tersebut telah berlaku berdekatan kawasan lampu trafik Jalan Kota Batu, Kg. Mentiri pada 02 April 2025, jam 8:36 pagi. 

Hasil daripada siasatan awal di tempat kejadian mendapati bahawa kemalangan ini telah melibatkan sebuah kenderaan lori tangki air dan 5 buah kenderaan peribadi. 

Seorang lelaki tempatan berumur 34 tahun iaitu pemandu kepada lori tangki air yang terbabit telah meninggal dunia dari kecederaan yang dialami daripada kejadian kemalangan berkenaan. 

Hasil siasatan awal, pihak PPDB mensyaki bahawa lori tersebut mengalami kerosakan pada brek sehingga menyebabkan pemandu tidak dapat memberhentikan lori dengan selamat. 

Walau bagaimanapun, Pihak PPDB masih menjalankan siasatan bagi mengesahkan punca sebenar kemalangan. 

Di kesempatan ini, PPDB menegaskan kepada orang ramai terutama pengguna-pengguna jalanraya agar sentiasa berhati-hati semasa memandu, menitikberatkan aspek keselamatan seperti memastikan kenderaan tidak mengalami apa-apa kerosakan yang boleh membahayakan pemandu, penumpang dan Penguna-pengguna jalan raya yang lain. 


Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS 

IBU PEJABAT POLIS 

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI

Attachments