Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

OPERASI SAPU BERSIH BERSAMA PENGUATKUASA UNDANGUNDANG DAERAH POLIS TUTONG

TUTONG, Khamis 27 Mac 2025 – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menjalankan satu Operasi Sapu Bersih yang melibatkan 25 orang pegawai dan anggota-anggota yang terdiri daripada Balai Polis Tutong termasuk daripada agensi penguatkuasa undang-undang iaitu Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) seramai 4 orang, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) seramai 11 orang dan 14 orang daripada Jabatan Buruh dan Bahagian Penguatkuasaan Ugama (BPU). 

Operasi tersebut diketuai oleh Pegawai Jenayah Daerah, Daerah Polis Tutong ASP Ahmad Faez bin Haji Mohd Hani bersama pegawai-pegawai dang anggota-anggota agensi yang terlibat. 

Sasaran operasi tertumpu di kedai-kedai dan tempat tinggal pekerja di Bangunan Tutong Central Mall, Pekan Tutong. Hasil daripada operasi berkenaan telah mendapati; 

• JKED : 6 orang ditahan atas kesalahan memiliki rokok dibawah Seksyen 146 (1) (d) Perintah Eksais 2006 

• Jabatan Buruh : Mendapati 7 buah kesalahan dibawah Perintah Pekerjaan 2009 seperti kerja lebih masa dan tidak dibayar, cuti rehat tidak diberi, bekerja lebih masa dari yang ditetapkan, cuti awam tidak diberikan oleh majikan, cuti tahunan tidak dibayar, tempat tinggal yang tidak bersih serta melanggar syarat-syarat lesen. 

• JIPK dan BPU: Tidak menemukan sebarang kesalahan semasa pemeriksaan dijalankan. 

Semua barang-barang bukti disita dan kesemua suspek ditahan untuk siasatan selanjutnya. PPDB dan agensi penguatkuasa undang-undang lain akan terus komited menjalankan usaha dalam membanteras, merisik serta membuat pemantauan berterusan ke atas sebarang kegiatan jenayah yang berlaku di Negara Brunei Darussalam. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS 

IBU PEJABAT POLIS 

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI

Attachments