KUALA BELAIT, Ahad 23 Mac 2025 – Seramai 25 pembaca Khatam Al-Quran yang terdiri
daripada anggota Daerah Polis Belait serta beberapa orang awam telah menghadiri
majlis penuh keberkatan yang berlangsung di Surau Polis Panaga, Ibu Pejabat
Daerah Polis Belait.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Pesuruhjaya Polis, Yang Mulia DCP
Dato Seri Pahlawan Sulaiman bin Alidin.
Turut hadir ialah Yang Amat Mulia SAC Pengiran Anak Haji Mohammad Saifullah bin
Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris, Pemangku
Timbalan Pesuruhjaya Polis, serta Pengarah-Pengarah Jabatan, pegawai-pegawai
kanan dan pegawai-pegawai kanan PPDB berserta ahli pangkat rendah Daerah Polis
Belait.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh
Tetamu Kehormat. Majlis diteruskan dengan bacaan Khatam Al-Quran oleh semua
pegawai dan pembaca yang diraikan dan seterusnya bacaan Doa Khatam dipimpin
oleh CPL 5396 Wan Mahdir Bin Wan Md. Ibrahim dan diakhiri dengan bacaan Doa
Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam yang dipimpin oleh Apo L/Cpl
6495 Mohd. Suzaidy Bin Mohd. Hassan.
Majlis ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi suasana bulan Ramadhan yang penuh
magfirah dan berkah, di samping mendekatkan diri dengan Al-Quran dan
meningkatkan hubungan silaturahim di kalangan pegawai dan anggota polis di Daerah
Belait.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI