BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad 23 Mac 2025 – Perkumpulan Kebajikan Isteri dan
Keluarga Polis (PEKERTI) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Qur’an bagi PEKERTI
bagi tahun 1446H / 2025M di Surau Polis Gadong menyemarakkan Bulan Ramadhan
yang penuh dengan keberkatan ini.
Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia Nurakmalia binti Lt. Kol (B)
Awang Iskandar selaku Pemangku Pengerusi PEKERTI dan turut hadir di majlis
tersebut ialah Yang Mulia Siti Hawa binti Haji Ibrahim selaku Pengerusi Badan
Keugamaan beserta ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi PEKERTI beserta serta ahli-ahli
dari cawangan PEKERTI.
Majlis Khatam Al-Qur’an dimulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai
oleh Tetamu Kehormat, seterusnya diikuti dengan bacaan Surah Ad-Dhuha sehingga
Surah A-Masad beramai-ramai, bacaan Takhtim, Doa Khatam Al-Qur’an, Dikir
Marhaban dan diakhiri dengan doa penutup khatam.
Aktiviti keugamaan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim diantara
semua ahli PEKERTI dan disamping itu mengalakkan membaca Al-Quran terutama
di dalam bulan yang mulia ini.
Dikeluarkan oleh:
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI