Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

BENGKEL ASEAN MENGENAI MEKANISME WAKIL ACTIP KEBANGSAAN DAN BENGKEL ASEAN MENGENAI PEMANTAUAN DAN PELAPORAN RANGKA KERJA MERL.

HA LONG, VIETNAM, Khamis, 7 Mac 2025 - Delegasi Negara Brunei Darussalam (NBD) telah menghadiri bengkel berkaitan dengan jenayah pemerdagangan orang: ASEAN Workshop on the National ASEAN Convention Against Trafficking in Persons (ACTIP) Represen tatives Mechanism dan ASEAN Workshop on the Monitoring and Reporting of Monitoring, Evaluation Learning and Reporting (MERL) Framework of the Bohol Trafficking in Persons (TIP) Work Plan 2.0 bermula 04 hingga 07 Mac 2025 yang dihadiri oleh pihak Unit Siasatan Pemerdagangan Manusia, Jabatan Siasatan Jenayah Pasukan Polis Diraja Brunei dan wakil daripada Bahagian Sekuriti dan Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri. 

Ini merupakan inisiatif “Senior Officials Meeting on Transnational Crime” (SOMTC) dalam melaksanakan ASEAN Multi-Sectoral Work Plan Against Trafficking in Persons (TIP) 2023 – 2028 (Bohol Work Plan 2.0). Bengkel ini diungkayahkan oleh SOMTCFilipina sebagai penyokong projek (proponent projects) dengan kerjasama ASEANAustralia Program Counter Trafficking (ASEAN-ACT) dan dihoskan oleh SOMTC-Viet Nam. 

Bengkel ini direka khusus untuk mengumpulkan National ACTIP Representatives (NAR) bagi membincangkan peranan dan berkongsi amalan baik dalam membenteras pemerdagangan orang yang telah ditetapkan dalam terma rujukan NAR bagi memudah cara perundingan dan pengoperasian mekanisme diantara NAR dan ASEAN Sectoral Bodies (ASBs). Ianya turut bertujuan untuk mensosialisasikan dan memaklumkan Rangka Kerja “MERL” yang diterima pakai kepada SOMTC, NAR dan ASBs yang berkaitan. Disamping itu turut memberikan peluang kepada pihak berkepentingan untuk memahami tatacara dan garispandu serta penyediaan laporan “MERL” oleh negara negara ASEAN. 

Seramai empat puluh orang yang terdiri daripada pelbagai ASB dari sebelas buah negara menyertai bengkel selama empat hari tersebut. Program ini juga bertujuan untuk menggalakkan kerjasama antarabangsa untuk menangani jenayah pemerdagangan orang yang semakin komplek dan memastikan respon yang lebih kukuh terhadap apa jua bentuk eksploitas pemerdagangan orang. 

Dikeluarkan Oleh: 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS 

IBU PEJABAT POLIS 

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI

Attachments