TEMBURONG, Selasa 04 Mac 2025 – Balai Polis Bangar, Pasukan Polis Diraja Brunei
(PPDB) telah menjalankan satu Operasi Tinjauan di kawasan Daerah Temburong, dan
telah menjumpai sebuah kereta yang mencurigakan, dipercayai membawa barang
tegahan.
Pada kira-kira jam 9 malam, atas pemantauan yang dibuat, pihak PPDB telah
mendapati sebuah kereta yang disyaki membawa barang tegahan dan setelah
pemeriksaan dijalankan, kereta didapati mengandungi banyak bungkusan plastik dan
guni besar di bahagian belakang kereta tersebut. Turut dijumpai adalah barang yang
dipercayai alat untuk memakan dadah. Pemandu dan seorang penumpang nya
dibawa ke Balai Polis Bangar untuk siasatan lanjut.
Operasi Tinjauan tersebut telah berjaya merampas 20 Kg Sayap Ayam dan 36 Kg
Tongkeng Ayam. 2 orang lelaki yang ditahan adalah warga tempatan dan
warganegara jiran, berumur 45 dan 38 tahun, ditahan bersama barang-barang
tegahan dan telah diserahkan kepada pihak Jabatan Kastam Dan Eksais Diraja
(JKED) untuk tindakan selanjutnya.
PPDB komited memastikan keselamatan masyarakat dan membanteras jenayah.
Kejayaan operasi ini mencerminkan kepekaan serta ketegasan PPDB dalam
menangani penyeludupan. Orang ramai digesa untuk tidak terlibat dalam jenayah
serta melaporkan aktiviti mencurigakan. Kerjasama anda penting bagi mengekalkan
keamanan.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI