Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

OPERASI SEPADU POLMAR MENAHAN BARANG TEGAHAN

MUARA, Isnin, 3 Mac 2025 – Bertindak atas maklumat mengenai pergerakan mencurigakan di perairan, satu operasi sepadu melibatkan Polis Marin (POLMAR) Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah diaktifkan. 

Dalam kejadian sekitar waktu subuh, pasukan rondaan ABDB mengesan dua buah perahu yang dipercayai membawa muatan barang tegahan di kawasan perairan Sungai Bu​nga. Menyedari kehadiran pasukan operasi, kedua-dua perahu tersebut cuba melarikan diri secara berasingan. Salah sebuah perahu memasuki kawasan hutan bakau, dan suspek kemudiannya meninggalkan perahu dan melarikan diri ke dalam hutan, sementara perahu kedua berjaya melepaskan diri dan tidak dapat dikesan. 

Hasil siasatan lanjut mengesahkan bahawa perahu tersebut membawa barangan tegahan iaitu, 860 karton rokok pelbagai jenama dan minuman keras pelbagai jenis sebanyak 97 tin dan 21 botol. 

Kes ini disiasat dibawah Seksyen 146(1)(d) Perintah Eksais 2006. Semua barang rampasan, termasuk perahu, telah diserahkan kepada Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) untuk tindakan dan siasatan lanjut. 

Pasukan keselamatan akan terus mempertingkatkan operasi penguatkuasaan bagi memastikan perairan negara bebas daripada sebarang kegiatan jenayah. PPDB juga menyeru kepada orang ramai agar melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan atau menyalahi undang-undang, khususnya di kawasan perairan, demi memastikan keamanan dan keselamatan Negara Brunei Darussalam. 


Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS 

IBU PEJABAT POLIS 

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI 

Attachments