Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

OPS TINJAUAN MENDAPATI KESALAHAN SYARIAH BP TEMBURONG

TEMBURONG, Khamis, 13 Februari 2025 – Balai Polis Bangar, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menjalankan Operasi Tinjauan dan Pemantauan Jenayah, yang membawa kepada penahanan tujuh warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam kegiatan menyalahi undang-undang syariah. 

Operasi ini menyasarkan sebuah rumah penginapan di Daerah Temburong, di mana enam lelaki dan seorang wanita berusia sekitar 30 hingga 40 tahun telah ditemui bersama empat karton (85 tin) minuman keras. 

Susulan penemuan tersebut, Bahagian Penguatkuasa Ugama telah dimaklumkan, dan Unit Penguatkuasaan Ugama Daerah Temburong yang hadir di lokasi telah mengambil alih siasatan serta menyita barang rampasan. 

PPDB menegaskan komitmennya untuk terus bekerjasama erat dengan agensi penguatkuasaan lain dalam usaha membanteras jenayah dan mengekang aktiviti penyeludupan rentas sempadan di Negara Brunei Darussalam. 

Sehubungan itu, PPDB menyeru orang ramai untuk bersama-sama membantu pihak berkuasa dalam memerangi jenayah dengan menyalurkan maklumat berkaitan melalui talian kecemasan penguatkuasaan undang-undang yang tersedia. 


Dikeluarkan Oleh: 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS 

IBU PEJABAT POLIS 

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI

Attachments