DAERAH BELAIT, Khamis, 13 Februari 2025 – Satu Operasi Sepadu telah dijalankan oleh
Balai Polis Sungai Liang, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dengan kerjasama
Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) bagi membanteras kegiatan penyeludupan
barang tegahan.
Operasi berkenaan telah dilaksanakan di sebuah kediaman di kawasan Kampung
Sungai Tali Lumut dan hasil serbuan mendapati 72 paket pelbagai jenis rokok
seludup. Suspek, seorang lelaki warga tempatan yang berusia 27 tahun, turut ditahan
bagi membantu siasatan.
Suspek bersama barang rampasan telah diserahkan kepada pihak JKED untuk
tindakan lanjut.
PPDB menegaskan bahawa operasi sepadu bersama agensi penguatkuasaan lain
akan terus dilaksanakan secara berkala dan berterusan bagi memastikan pematuhan
undang-undang diperkukuh serta sebarang aktiviti pelanggaran undang-undang dapat
dibendung. Selain itu, usaha ini juga bertujuan untuk mempererat kerjasama antara
agensi penguatkuasaan di negara ini.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI