RIMBA, Sabtu 25 Januari 2025– Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menyampaikan taklimat bertajuk "Penipuan Dalam Talian" bertempat di Dewan Serbaguna Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Rimba, Mukim Gadong. Seramai 200 pelajar, guru serta Pegawai dari Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah menghadiri taklimat tersebut.
Taklimat disampaikan oleh Ketua Inspektor Adinin bin Haji Ahmad, Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Siber (BSJS), Jabatan Siasatan Jenayah, PPDB.
Tujuan Taklimat tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai jenayah siber, selaras dengan komitmen Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) untuk memerangi jenayah dan melindungi masyarakat melalui pendedahan serta pengetahuan langkah-langkah pencegahan.
Dikeluarkan Oleh :
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI