GADONG, Rabu 1 Januari 2024 – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang seperti Biro Kawalan Narkotik (BKN), Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) dan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) telah menjalankan operasi sekatan jalan raya di seluruh negara pada malam Tahun Baru, dengan tujuan untuk memastikan keselamatan awam dengan mengingatkan pengguna-pengguna mematuhi undang-undang jalanraya dan juga sekaligus menjalankan pencegahan jenayah.
Antara kesalahan yang didapati semasa operasi berkenaan ialah kesalahan memakan dadah terkawal, memiliki barang tegahan seperti rokok, vape dan minuman keras. Selain itu, kesalahan-kesalahan undang-undang jalanraya juga ditemui seperti tayar nampak berbenang, memasang tabir dan memandu tanpa lesen yang sah.
Sempena permulaan Tahun Baru, PPDB menyeru semua untuk terus mematuhi peraturan dan undang-undang negara termasuk undang-undang jalan raya, dan bersama-sama menjadikan 2025 tahun yang lebih selamat untuk semua.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI