Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

MAJLIS MEMBACA SURAH YAASIN, TAHLIL DAN DOA KESYUKURAN SEMPENA HARI POLIS KE 104 TAHUN PPDB

GADONG, Selasa 31 Disember 2024 – Sempena memperingati Hari Polis ke 104 Tahun Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) melalui Badan Ugama Islam (BUI) PPDB telah mengendalikan Majlis Membaca Surah Yaa Siin, Tahlil dan Doa Kesyukuran di Surau Polis Gadong.

Hadir pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Dato Seri Pahlawan Awang Sulaiman bin Alidin, Pemangku Pesuruhjaya Polis PPDB.

Turut hadir, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Mohammed Saifullah bin Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris, Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis PPDB, , Timbalan Penguasa Polis (DSP) Aimi Safwan Bin Zalidin selaku Pengerusi Badan Ugama Islam (BUI) PPDB, Pengarah-Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, para pegawai dan anggota pangkat rendah.

Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah diimamkan oleh Yang Mulia APO Sarjan 6472 Mohammad Yusri bin Haji Abu Bakar dan diselajurkan dengan sembahyang sunat hajat. Setelah itu majlis diteruskan dengan bacaan Surah Yaa Siin, Tahlil dan diakhiri dengan bacaan doa kesyukuran disamping memohon keberkatan agar warga pasukan akan sentiasa dibekalkan kewibawaan dan kekuatan dalam melindungi negara dari segala  jenayah.


Dikeluarkan Oleh :


UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

IBU PEJABAT POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments