TEMBURONG, Isnin 02 Disember 2024 – Sebanyak 24 botol minuman keras dan 50 karton rokok berjaya dirampas hasil pemantauan dari Balai Polis Bangar, Pasukan Polis Diraja Brunei.
Kejadian tersebut berlaku berikutan maklumat yang diterima mengenai satu kegiatan penyeludupan. Pada jam kira-kira 11.30 malam, keanggotaan Balai Polis Bangar menjalankan pemantauan di kawasan Penuruan Kampung Buda-Buda, Temburong.
Didapati sebuah kenderaan berwarna putih dan 2 orang lelaki warganegara tempatan dipercayai menjalankan aktiviti mencurigakan, lalu ditahan oleh pihak polis kerana memiliki barang tegahan.
Kesemua barang-barang tegahan serta 2 suspek ditahan di Balai Polis Bangar, untuk siasatan selanjutnya.
PPDB ingin memperingkatkan orang ramai adalah menjadi satu kesalahan memiliki barang tegahan kerana ianya boleh memberi impak negatif kepada masyarakat di negara ini. Oleh itu, jika mempunyai sebarang maklumat mengenai kegiatan jenayah adalah disarankan untuk menyalurkan maklumat ke Balai Polis berdekatan atau melalui talian kecemasan 993.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI