GADONG, Selasa 27 November 2024 – Murid-murid Taman Didikan Anak-anak Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) yang telah berjaya menamatkan kelas tadika dan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun 2024 telah diraikan dalam majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Akademik Terbaik bertempat di Dewan Stadium Hassanal Bolkiah Polis Gadong hari ini.
Hadir selaku tetamu kehormat di majlis berkenaan Yang Mulia Datin Sabrina Aziemah binti Abdullah Chong, Pengerusi Perkumpulan Kebajikan Isteri dan Keluarga Polis (PEKERTI).
Turut hadir Yang Mulia Nur Akmalia binti Lt. Kol (B) Awang Iskandar, selaku Pengerusi Badan Tertinggi Sukan PEKERTI.
Majlis berkenaan menyaksikan penyampaian sebanyak 25 sijil pelajar cemerlang serta hadiah dan 50 sijil pelajar menamatkan sesi persekolahan (KG2) bagi tahun 2024.
Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan-persembahan ditampilkan oleh murid-murid KG1 dan KG2.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI