Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

MAJLIS CERAMAH KESIHATAN MENTAL BERTAJUK ‘ MENTAL HEALTH AWARENESS ’ ANJURAN PEKERTI

​GADONG, Juma’at, 22 November 2024 - Badan Tertinggi Didikan Perkumpulan Kebajikan Isteri dan Keluarga Polis (PEKERTI) telah mengadakan Majlis Ceramah Kesihatan Mental bertempat di Dewan Serbaguna Pusat Latihan Polis, Ibu Pejabat Gadong.

Ceramah Kesihatan Mental yang bertajuk ‘Mental Health Awareness’ telah disampaikan oleh Noresamsiah binti Haji Md Hussin (Mcouns Counselling – Interpersonal Dialogue).

Hadir sebagai Tetamu Kehormat Majlis Ceramah Kesihatan Mental adalah Yang Mulia Datin Sabrina Aziemah bte Abdullah Chong selaku Pengerusi PEKERTI. Turut hadir ke Majlis Ceramah adalah Pengerusi Badan Tertinggi Sukan PEKERTI Yang Mulia Nur Akmalia binti Lt. Kol (B) Awang Iskandar dan Pengerusi Badan Tertinggi Didikan PEKERTI Yang Mulia Hajah Annisah binti Haji Bahar.

Matlamat Majlis Ceramah Kesihatan Mental adalah untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang isu kesihatan mental di kalangan masyarakat dan orang sekeliling dan juga untuk mengutamakan kesihatan mental seorang individu supaya mendapatkan bantuan apabila diperlukan.

Objektif Majlis Ceramah Kesihatan Mental diadakan adalah untuk memberikan maklumat tentang kondisi seseorang individu mengenai kesihatan mental, gejalanya, dan kesannya terhadap individu dan juga komuniti, juga untuk menangani dan mencabar mitos dan salah anggappan tentang kesihatan mental untuk mewujudkan persekitaran yang lebih menerima dan memahami dan menyokong akan kepentingan kesihatan mental sebagai sebahagian daripada kesejahteraan individu serta untuk menekankan penjagaan diri sendiri (self care) dan sokongan komuniti.



Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments