Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

PENIPUAN PELABURAN DALAM TALIAN

KUALA BELAIT, Selasa, 29 Oktober 2024 – Bahagian Siasatan Jenayah Siber, Pasukan Polis Diraja Brunei telah menyampaikan taklimat mengenai penipuan pelaburan dalam talian kepada Syarikat Minyak Brunei Shell Sendirian Berhad (BSP) bertempat di The Grand Ballroom, V-Plaza Hotel.

Perkara-perkara yang diketengahkan semasa taklimat tersebut adalah mengenai dengan apa yang perlu diberikan perhatian dan juga bahaya kes penipuan dalam talian yang boleh menganggu ketenteraman orang ramai.

Pasukan Polis Diraja Brunei akan terus memberi pendedahan kepada masyarakat negara ini untuk sentiasa berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran pelaburan dalam talian yang tidak jelas dan tidak diperakui oleh mana-mana pihak yang berkuasa. 



Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​

Attachments