Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

PERLAWANAN AKHIR KEJOHANAN BADMINTON PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
GADONG, Isnin 28 Oktober 2024 – Majlis Sukan Polis Diraja Brunei (MSPDB) telah mengadakan Perlawanan Akhir Kejohanan Badminton Pasukan Polis Diraja Brunei yang berlangsung di Stadium Hassanal Bolkiah, Ibu Pejabat Polis Gadong.

Hadir selaku tetamu kehormat, Pesuruhjaya Polis PPDB, Yang Mulia Dato Paduka Seri Haji Awang Mohd Irwan bin Haji Hambali dan juga turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis PPDB Yang Mulia Dato Seri Pahlawan Awang Sulaiman bin Alidin.

Antara yang hadir menyaksikan perlawanan akhir berkenaan ialah Pengerusi-Pengerusi Cawangan PPDB, Pegawai-pegawai dan juga anggota PPDB.

Perlawanan akhir berkenaan menyaksikan pertemuan saingan di antara pegawai-pegawai dan anggota-anggota PPDB dari pelbagai peringkat umur mengikut kategori. Kejohanan Badminton PPDB ini mempertandingkan sebanyak enam kategori iaitu regu terbuka wanita, regu gabungan pegawai dan anggota pangkat rendah campuran umur 80 tahun, regu terbuka lelaki, regu campuran Pegawai lelaki dan wanita, regu veteran pegawai lelaki 45 tahun ke atas dan regu terbuka pegawai lelaki.

Adapun Kejohanan Badminton PPDB ini diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan Pegawai dan Anggota PPDB, selain itu, ianya adalah sebagai cara untuk mempraktikan gaya hidup yang lebih sihat dikalangan PPDB.




Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
Attachments