BRUNEI MUARA, Isnin, 14 Oktober 2024 – Seramai 70 orang telah hadir ke Taklimat Penipuan Dalam Talian, Jenayah Siber di Dewan Serbaguna Balai Polis Berakas yang terdiri daripada Penghulu-Penghulu, Ketua-Ketua Kampong, Majlis Perundingan Kampong, Pengawasan Kejiranan, Warga Emas serta Penduduk Kampong di bawah tedahan Balai Polis Berakas.
Taklimat disampaikan oleh Ketua Inspektor Adinin bin Hj Ahmad, Pegawai Penyiasat Bahagian Jenayah Siber, Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei.
Pasukan Polis Diraja Brunei melalui Bahagian Jenayah Siber akan berterusan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai dengan jenayah tersebut dan adalah menjadi keutamaan bagi Pasukan Polis Diraja Brunei untuk terus membimbing dan menitikberatkan keselamatan orang awam / ramai khusus nya warga Emas mengenai dengan jenayah ini.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI