GADONG, Khamis, 3 Oktober 2024 – Beberapa inisiatif telahpun dilakukan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei bagi membendung Jenayah demi keselamatan masyarakat. Antaranya Progam / Taklimat Jenayah Siber yang sedang giat dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Siber (BSJS). Adapun program ini dijalankan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya para belia dan warga emas supaya tidak terjerumus dengan jenayah siber di era digital yang serba canggih.
Baru-baru ini, taklimat mengenai jenayah siber serta jenayah buli dan kesalahan lalulintas telah diadakan di Sekolah St. James, Kuala Belait bagi tahun 6 hingga tahun 11 untuk diberi pendedahan dan bimbingan mengenai jenayah yang kian meningkat itu. Manakala bagi Daerah Temburong, BSJS juga telah memberikan taklimat kepada Penghulu-penghulu, ketua-ketua kampong serta ahli-ahli Majlis Perundingan Kampong (MPK), bagi mempertingkatkan lagi kesedaran mengenai jenayah siber dan impaknya kepada masyarakat.
Di harapkan program seperti ini dapat membuka minda masyarakat supaya akan lebih berhati-hati dalam menggunakan teknologi yang ada supaya tidak mudah terpedaya dan terhindar dari menjadi mangsa Jenayah siber.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI