Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

MAJLIS PENUTUP DIKIR MAULIDUR RASUL PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI

GADONG, Ahad, 15 September 2024 – Sempena Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mengadakan Majlis Penutup Dikir Maulidur Rasul di Surau Polis, Kompleks Ibu Pejabat Polis Gadong setelah mengadakan Dikir Syarafil Anam selama 12 malam secara berturut-berturut bermula pada 1 Rabiulawal 1446 bersamaan 4 September 2024.

Yang Mulia Pesuruhjaya Polis PPDB, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali, hadir sebagai tetamu kehormat majlis. Turut hadir ialah Pengarah-Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan serta para pegawai dan anggota pangkat rendah PPDB.

Selain daripada acara dikir di surau-surau PPDB, kumpulan dikir PPDB juga giat aktif berkunjung ke masjid-masjid dan surau yang telah dijemput berdikir bersama-sama untuk memeriahkan lagi acara tersebut.

Majlis Penutup Dikir Maulud dimulakan dengan solat fardhu Maghrib secara berjemaah, diikuti dengan bacaan dikir yang dipimpin oleh Imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong, APO Sarjan 6472 Mohammad Yusri bin Haji Abu Bakar.




Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments