Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

BARANG-BARANG YANG TIDAK DIISYTIHARKAN

MUARA, Isnin 5 Ogos - Peronda Polis Marin yang bertugas di zon Putat telah mengesan dua buah perahu mencurigakan bergerak laju melalui Kawasan sungai Terusan Kupang. Anggota kemudiannya bertindak untuk mengejar kedua - dua perahu tersebut. Salah sebuah perahu suspek telah dikesan terapung di sekitar perairan Kampong Setia manakala sebuah melarikan diri dengan membawa bersama pemandu perahu yang ditinggalkan. Perahu tersebut telah berjaya ditahan bersama dengan beberapa kotak yang mencurigakan dan dibawa ke Pangkalan Polis Marin untuk siasatan lanjut.

Hasil siasatan lanjut telah mendapati perahu tersebut telah membawa 19 kotak yang mengandungi 950 karton rokok pelbagai jenama dan turut didapati 1 kotak minuman keras dan 2 tin minuman keras pelbagai jenama.

Kesemua barang-barang tegahan tersebut telah diserahkan kepada pihak Jabatan Kastam dan Eksais Diraja untuk tindakan selanjutnya.

Pasukan Polis Diraja Brunei ingin menyeru orang ramai bagi menyalurkan dan mengongsikan sebarang maklumat mengenai apa jua kegiatan jenayah ke Pasukan Polis Diraja Brunei melalui talian 993 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan.




Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​


Attachments