Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

MAJLIS KHATAM AL-QURAN & DOA KESYUKURAN SEMPENA PENUBUHAN POLIS WANITA KE 50 TAHUN

​GADONG, Sabtu 3 Ogos - Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Penubuhan Polis Wanita ke 50 Tahun pagi ini di Dewan Bankuet Mes Gadong.

Hadir selaku tetamu kehormat bagi majlis tersebut, Yang Mulia Dato Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali yang mana telah dijemput oleh Pengerusi Majlis Yang Mulia ACP Masni binti Haji Jamil.

Turut hadir pada majlis itu ialah Yang Mulia Timbalan Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Pahlawan Awang Sulaiman bin Alidin, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, dan Anggota-Anggota PPDB.

Peserta-peserta khatam di majlis tersebut terdiri daripada Pegawai-Pegawai dan Anggota-Anggota pangkat rendah Polis Wanita yang telah membaca sebanyak 50 kali Khatam bersempena dengan Sambutan Penubuhan Polis Wanita yang ke 50 tahun.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Tetamu Kehormat, Yang Mulia Dato Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali, dan seterusnya bacaan khatam Al-Quran diketuai oleh Yang Mulia ASP Normazlina binti Emran. Bacaan Takhtim dan Doa Khatam Al-Quran telah dibacakan oleh Yang Mulia W/L/Cpl 5621 Siti Aimi binti Ali Rahman. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Kesyukuran yang dibacakan oleh Yang Mulia APO S/Sgt 6472 Mohamad Yusri bin Haji Abu Bakar, Imam Surau Polis Gadong.

Setiap tanggal 4 Ogos merupakan tarikh yang sangat penting bagi warga Pasukan Polis Wanita dalam mengimbas kembali Sejarah Penubuhan Polis Wanita secara resminya pada 4 Ogos 1974.




Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments