BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat 26 Jul - Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB)
ingin memaklumkan kepada pengguna-pengguna jalan raya bahawa jalan-jalan yang
terbabit dan yang akan dikawal selia sementara semasa Majlis Keberangkatan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam bercemar duli bagi Majlis Ramah Mesra bersama Rakyat
dan Penduduk Daerah Brunei dan Muara di Taman Haji Sir Muda Omar ’Ali Saifuddien
pada hari Isnin, 29 Julai 2024.
TARIKH / HARI JAM JALAN TERLIBAT
29 Julai 2024
[ISNIN] 05.45 pagi
sehingga
selesai
• Lampu Isyarat Jalan Raja Isteri
Pengiran Anak Saleha simpang Jalan
Kubah Makam Diraja
• Lampu Isyarat Jalan Raja Isteri
Pengiran Anak Saleha simpang turun
dari belakang Hospital RIPAS
• Lampu Isyarat Jalan Raja Isteri
Pengiran Anak Saleha simpang turun
dari Lebuhraya Sultan Hassanal Bolkiah
(dekat Mahkamah)
• Lampu Isyarat Jalan Haji Basir simpang
4 Jalan Simpang
• Lampu Isyarat Jalan Haji Basir simpang
Jalan Sultan Omar Ali Saifuddien (dekat
Balai Bomba)
• Lampu Isyarat Jalan Sultan Omar Ali
Saifuddien simpang Jalan Dato Taib
• Lampu Isyarat Jalan Tasik simpang
Jalan Pehin Dato Isa
• Lampu Isyarat Jalan Sultan Omar Ali
Saifuddien simpang Jalan Stoney
• Lampu Isyarat Jalan Kianggeh simpang
Jalan Bendahara
2
• Lampu Isyarat Jalan Sultan Omar Ali
Saifuddien simpang Jalan Bendahara
• Lampu Isyarat Jalan Kianggeh simpang
Jalan Elizabeth II
• Lampu Isyarat Jalan Sultan Omar Ali
Saifuddien simpang Jalan Elizabeth II
• Jalan Kianggeh simpang Jalan
Pemancha
• Jalan Kianggeh simpang Jalan Cator
• Lampu Isyarat Jalan Kianggeh simpang
Jalan Mc Arthur
• Pusing keliling Jalan Mc Arthur (dekat
DQ)
• Lampu Isyarat Jalan Masjid Omar ’Ali
Saifuddien simpang Jalan Elizabeth II
• Simpang-simpang sepanjang Jalan
Stoney
Tempat-tempat letak kereta yang telah dikhaskan bagi para-para jemputan adalah
seperti berikut:
Pas Letak Kereta VVIP - Kawasan Jalan Elizabeth II
Pas Letak Kereta A - Kawasan letak Kereta Yayasan Sultan
Haji Hassanal Bolkiah
Pas Letak Kereta B - Kawasan Letak Kereta Bangunan Bank
Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB)
Pas Letak Kereta C - Kawasan Letak Kereta Bangunan
Persatuan Guru-Guru Malaya (PGGMB)
Pas Letak Kereta D - Kawasan Letak Kereta Bekas Bangunan
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
(SPA)
Pas Letak Kereta E - Kawasan Letak Kereta Bangunan
Mahkamah Tinggi Syariah
Pada sebelah pagi sebelum majlis berlangsung, bas-bas membawa penuntut-penuntut yang terlibat dalam majlis berkenaan akan menggunakan Jalan Sultan Omar
Ali Saifuddien dan Jalan Kianggeh. Tempat-tempat penurunan penuntut (drop-off
points) adalah di sepanjang Jalan Elizabeth II (berdekatan dengan Jabatan Elektrik),
3
Jalan Bendahara dan Jalan Pehin Dato Isa. Selesai majlis, penuntut-penuntut akan
diambil (‘pick-up point’) di Jalan Elizabeth II dan jalan-jalan di kawasan Bandar Seri
Begawan yang akan digunakan sebagai laluan bas-bas penuntut adalah Jalan
Kianggeh, Jalan Sultan Omar Ali Saifuddien dan Jalan Stoney.
Orang ramai juga dinasihatkan untuk menggunakan jalan-jalan alternatif jika perlu
untuk menghala ke Bandar Seri Begawan seperti Jalan Kiulap, Jalan Simpang, Jalan
Stoney, Jalan Tasek dan Jalan Kianggeh.
Sehubungan itu adalah dinasihatkan orang ramai untuk mematuhi dan bertolak ansur
kepada arahan anggota-anggota Polis Trafik yang bertugas semasa majlis
berlangsung.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI