TUTONG, Ahad 21 Jul- Tiga orang suspek berjaya ditahan oleh Anggota Balai Polis Tutong dipercayai terlibat dengan kegiatan pecah rumah di kawasan Kg Keriam, Tutong pada awal pagi 21 Julai 2024.
Sebelum itu, maklumat awal diperolehi daripada orang awam, iaitu seorang ahli Pengawasan Kejiranan (PK) Kg. Keriam, dimana Peronda Balai Polis Tutong diaktifkan di kawasan berkenaan dan menjumpai sebuah kenderaan yang mencurigakan.
Hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati barang-barang yang mencurigakan dipercayai barang curi. Pihak polis menahan tiga (3) orang suspek iaitu dua orang lelaki dan seorang wanita berusia sekitar umur di antara 39 hingga 61 tahun, terdiri daripada warga tempatan.
Kesemua suspek disyaki telah melakukan curi dirumah yang tidak ada penghuni dikawasan tersebut dan dibawa ke Balai Polis Tutong untuk siasatan lanjut.
PPDB dengan kerjasama Ahli PK akan terus komited dalam menjalankan rondaan dan pemantauan pencegahan Jenayah serta sentiasa berganding bahu dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan di kawasan persekitaran tadahan kampung masing-masing. Pihak polis juga mengharapkan setiap warga masyarakat akan sentiasa berwaspada dan peka dengan keadaan keliling rumah mahupun masyarakat.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI