Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

OPERASI SEPADU POLMAR

BRUNEI-MUARA, Khamis 4 Jul - Satu operasi sepadu RONDAAN TELUK terdiri dari Polis Marin, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) bersama agensi-agensi Penguatkuasa undang-undang yang berkenaan telah dijalankan dengan matlamat untuk meningkatkan tahap keselamatan di perairan negara terutama sekali di perairan Teluk Brunei.

Hasil dari operasi tersebut, pada sekitar waktu tengah malam, pasukan operasi telah mengesan sebuah perahu yang mencurigakan di sekitar perairan Jambatan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien (SHOAS). Pasukan operasi cuba bertindak untuk memintas perahu berkenaan dan satu aksi kejar mengejar telah berlaku di antara agensi penguatkuasa dengan perahu suspek. Akan tetapi, perahu suspek kemudiannya memecut laju dan mereka juga dilihat bertindak membuang barang-barang tegahan untuk mengelak dari ditahan sebelum melarikan diri ke perairan sempadan negara jiran.

Usaha mencari kembali barang-barang tegahan yang dibuang iaitu 2921 tin dan 59 botol minuman keras pelbagai jenama telah berjaya ditemukan dan telah diserahkan kepada pihak Jabatan Kastam dan Eksais Diraja untuk tindakan selanjutnya.

PPDB serta agensi penguatkuasa yang lain akan sentiasa menjalankan operasi-operasi seperti ini bagi pembanterasan segala kegiatan-kegiatan yang menyalahi undang-undang di dalam Negara Brunei Darussalam.






Dikeluarka​n oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​​​​​​​​​​​​​​​​


Attachments