Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

MAKLUMAT PALSU PERGADUHAN MENYEBABKAN KEMATIAN

GADONG, Isnin 20 Mei – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) ingin menjelaskan kepada orang ramai mengenai kejadian pukul beramai-ramai sehingga menyebabkan kematian, yang pada masa ini tular di laman media sosial, adalah maklumat palsu dan tidak sahih. 

Sehubungan dengan itu, siasatan dibawah seksyen 160, Kanun Hukuman Jenayah iaitu Pergaduhan telahpun dijalankan keatas individu-individu yang terlibat. Mangsa bagi kes tersebut dilaporkan cedera dan telah menerima rawatan di Hospital. 

PPDB Meingatkan bahawa menyebarkan maklumat palsu kepada orang awam merupakan satu kesalahan dan boleh didakwa di bawah undang-undang Negara Brunei Darussalam mengikut Seksyen 34 Akta Ketenteraman Awam Penggal 148 (Public Order Act, Cap 148) yang boleh membawa hukuman penjara sehingga sesuatu tempoh tiga (3) tahun atau denda BND3,000, jika sabit kesalahan.




Dikeluarka​n oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​​​​​​​​​​​​​​​​


Attachments