Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

RAIKAN BAKAL JEMAAH HAJI PPDB 1445 / 2024

​GADONG, Khamis 16 Mei - Bagi memohon ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala agar bakal jemaah haji sentiasa mendapat syafaat, perlindungan, keselamatan dan dipermudahkan segala urusan serta beroleh haji yang mabrur, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) melalui Badan Ugama Islam (BUI) telah mengadakan Majlis Doa Selamat Bagi Bakal Jemaah Haji PPDB Tahun 1445/2024 di Surau Polis Gadong PPDB. 

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah Pesuruhjaya Polis PPDB, Yang Mulia Dato Paduka Seri Awang Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali bersama Yang Mulia Pengiran Datin Zauyah Binti Pengiran Haji Sulaiman selaku yang Dipertua Perkumpulan Kebajikan Isteri dan Keluarga Polis (PEKERTI). 

Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis PPDB, Yang Mulia Dato Seri Pahlawan Awang Sulaiman bin Alidin dan Yang Mulia Datin Sabrina binti Abdullah Chong Timbalan Yang Dipertua PEKERTI, Timbalan Penguasa Polis Yang Mulia Aimi Safwan bin Zalidin selaku Pengerusi BUI, para pengarah dan timbalan pengarah jabatan, ketua-ketua formasi, pegawai-pegawai pemerintah, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan anggota serta warga kakitangan awam PPDB. 

Seramai 7 orang warga PPDB terdiri dari 3 pegawai dan 4 anggota, bakal jemaah haji telah menerima sumbangan yang disampaikan oleh tetamu-tetamu kehormat majlis. 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Imam Surau Polis Gadong, Yang Mulia APO Staf Sarjan 6472 Mohammad Yusri bin Haji Abu Bakar diikuti dengan penyerahan sumbangan kepada bakal jemaah haji yang diraikan serta diakhiri dengan bacaan doa selamat. 




Dikeluarka​n oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​​​​​​​​​​​​​​​​

Attachments