Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PEKERTI BAGI TAHUN 1445H/2024M

​GADONG, Ahad 05 Mei - Perkumpulan Kebajikan Isteri dan Keluarga Polis (PEKERTI) telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya PEKERTI bertempat di Dewan Bankuet, Mes Pegawai Polis Gadong, Ibu Pejabat Polis Gadong. 

Tetamu Kehormat bagi majlis tersebut adalah Yang Mulia Pengiran Datin Hajah Zauyah binti Pengiran Haji Sulaiman, Isteri Pesuruhjaya Polis selaku Yang Di Pertua PEKERTI. 

Turut hadir Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi PEKERTI serta ahli PEKERTI dari ketujuh-tujuh cawangan PEKERTI. Majlis diserikan dengan persembahan pentas daripada cawangan-cawangan dan seterusnya Yang Di Pertua PEKERTI yang diiringi oleh Pengerusi Badan Sosial PEKERTI, Yang Mulia Afina binti Willy Edwin membuat lawatan ke pondok-pondok Hari Raya di setiap cawangan bagi sesi beramah mesra. Majlis dimeriahkan lagi dengan pertandingan Pondok Tercantik yang mana tempat pertama telah dimenangi oleh PEKERTI Cawangan B2, tempat kedua PEKERTI Cawangan E dan tempat ketiga oleh PEKERTI Cawangan C1. 

Majlis Hari Raya PEKERTI ini antara lain bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara semua ahli PEKERTI dan menggalakkan ahli untuk sentiasa bersatu padu. 




Dikeluarka​n oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​​​​​​​​​​​​​​​​



Attachments