Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

OPS SEPADU BALAI POLIS TUTONG

TUTONG, Rabu 01 Mei - Satu Operasi Sepadu Penguatkuasa Undang-Undang yang terdiri daripada Daerah Polis Tutong, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) telah dijalankan pada malam 30 April 2024. 

Operasi Sepadu tersebut menyasarkan ke sebuah barek kerajaan di Daerah Tutong, di mana barek tersebut didapati menjual barang-barang tertegah iaitu rokok pelbagai jenama. 

Hasil daripada operasi tersebut telah menemukan sejumlah 4 katon, 1 Vape dan 35 paket rokok yang terdiri daripada pelbagai jenama, telefon bimbit dan wang dipercayai hasil dari penjualan rokok. Kesemua exhibit telah dirampas dan seorang suspek warganegara tempatan, berumur 47 tahun telah diarahkan untuk melaporkan diri untuk siasatan lanjut oleh pihak JKED. 

PPDB serta agensi penguatkuasa yang lain juga ingin menasihatkan kepada orang ramai akan sentiasa berwaspada dan memberikan kerjasama jitu dalam perkongsian maklumat bagi pembenterasan segala kegiatan-kegiatan yang menyalahi undang-undang tanpa sebarang pembendungan dan tindakan sewajarnya.



Dikeluarka​n oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​​​​​​​​​​​​​​​​


Attachments