Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

OPERASI SEPADU POLIS MARIN DI PELANTAR MINYAK

​BRUNEI MUARA, 7 April - Rondaan dan operasi akan terus dipertingkatkan di perairan Negara Brunei Darussalam termasuk persisir dan luar pantai dengan objektif untuk menjaga keselamatan aset-aset yang sangat berharga seperti pelantar-pelantar minyak yang banyak menyumbang hasil minyak dalam memacu kepada pertumbuhan ekonomi negara ini. 

Sehubungan dengan itu, satu operasi sepadu telah dijalankan yang menumpukan di kawasan pelantar - pelantar minyak di negara ini. Semasa operasi tersebut, anggota operasi telah mengesan dan berjaya menahan sebuah perahu berserta 5 orang terdiri dari warga tempatan. 

Hasil pemeriksaan mendapati mereka sedang menjalankan aktiviti menangkap ikan di dalam zon keselamatan pelantar minyak. Pemandu, penumpang berserta perahu kemudiannya dibawa ke Polis Marin untuk tindakan lanjut. 

Kes ini disiasat di bawah seksyen 132(6) Peraturan Perkapalan Pedagang 2002 iaitu memasuki zon keselamatan Pelantar Minyak. Sabit kesalahan boleh di jatuhi hukuman denda tidak lebih 100 ribu ringgit atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali. 

Pasukan Polis Diraja Brunei ingin mengingatkan orang ramai untuk sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan yang termaktub di Negara ini bagi sama-sama menjaga keselamatan, keamanan dan kesejahteraan Negara Brunei Darussalam.




Dikeluarka​n oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​​​​​​​​​​​​​​​​


Attachments