Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

PPDB MENGADAKAN BEBERAPA MAJLIS KEAGAMAAN DI MINGGU HUJUNG RAMADHAN

​GADONG, Sabtu 4 April – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) melalui kelolaan Badan Ugama Islam (BUI) PPDB telah giat mengadakan beberapa Majlis Keagamaan di minggu-minggu terakhir di Bulan Ramadhan bagi tahun 1445 Hijrah. 

Antaranya adalah Majlis Ceramah Agama Sempena Nuzul Al-Quran di Bulan Ramadhan. Majlis ini adalah untuk memperingati peristiwa agung Nuzul Al-Quran iaitu peristiwa turunnya Ayat Al-Quran yang pertama sebagai wahyu Allah Subhanahu Wata'ala kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Majlis telah diadakan di Surau Polis Gadong, PPDB pada 30 Mac 2024. 

Seterusnya pada 4 April 2024, Majlis Khatam Al Quran PPDB juga telah diadakan di tempat yang sama. Seramai 47 peserta lelaki dan 17 peserta wanita terdiri dari anggota-anggota PPDB dan Jemaah surau Polis. 

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis-majlis tersebut ialah Pesuruhjaya Polis PPDB, Yang Mulia Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali. 

Turut Hadir Timbalan Pesuruhjaya Polis, Yang Mulia Dato Seri Pahlawan Awang Sulaiman bin Alidin dan juga para-para Pengarah, Timbalan Pengarah, Pegawai-Pegawai Pemerintah Daerah Polis, Ketua-Ketua Formasi, Pegawai-Pegawai serta warga kakitangan awam dan anggota Pasukan Polis Diraja Brunei. 

Majlis-majlis ini antara lain bertujuan untuk menekankan tentang keistimewaan Al-Quran dan meraih syafaat Al-Quran dengan membanyakkan pembacaan Al-Quran. 



Dikeluarka​n oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​​​​​​​​​​​​​​​​


Attachments