GADONG, Ahad 31 Mac - Seramai 40 orang ahli Perkumpulan Kebajikan Isteri dan 
Keluarga Polis (PEKERTI) telah menyertai Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung 
di Surau Polis, Ibu Pejabat Polis Gadong. 
Hadir selaku tetamu kehormat bagi majlis tersebut ialah isteri Pesuruhjaya Polis 
selaku Yang Di-Pertua PEKERTI, Yang Mulia Pengiran Datin Hajah Zauyah binti 
Pengiran Haji Sulaiman. Turut hadir di majlis tersebut Pengerusi PEKERTI, Yang 
Mulia Datin Sabrina binti Abdullah Chong. 
Turut hadir adalah Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi PEKERTI dan Ahli- Ahli dari 
ketujuh-tujuh cawangan PEKERTI. 
Majlis Khatam dimulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh tetamu 
kehormat majlis diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran Dikir Marhaban dan 
diakhiri dengan Doa Penutup bagi memberkati majlis. 
Aktiviti keagamaan di bulan Ramadan itu bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan 
silaturahim antara semua ahli PEKERTI di samping menggalakkan pembacaan Al-Quran, terutamanya dalam bulan yang mulia ini.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI