Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA DENGAN ANAK-ANAK YATIM PPDB (PEKERTI)

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu 28 Mac – Perkumpulan Kebajikan Isteri dan Keluarga Polis (PEKERTI) telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama dengan anak-anak yatim Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB). 

Majlis tersebut diadakan di Restoran Tarindak D’Seni di ibu negeri, dimana seramai 68 orang telah menghadiri majlis tersebut. 

Hadir selaku tetamu Kehormat di majlis ini ialah, Pengiran Datin Hajah Zauyah binti Pengiran Haji Sulaiman, Yang Dipertua PEKERTI. Turut hadir di majlis tersebut Pengerusi PEKERTI, Datin Sabrina binti Abdullah Chong dan juga Pengerusi Badan Kebajikan PEKERTI selaku pengerusi majlis, Dayang Rokiah binti Joly @ Julai, Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi PEKERTI berserta Ahli Jawatankuasa Kerja Badan Kebajikan PEKERTI. 

Sumbangan saguhati berupa hamper juga telah diserahkan oleh tetamu kehormat majlis dan diharap dengan majlis ini sekaligus dapat mengeratkan silaturrahim dan persahabatan di antara ahli-ahli PEKERTI dan anak-anak yatim terutama sekali di bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini. Ke arah itu, PEKERTI akan terus memberikan komitmen yang tinggi dan mempertingkatkan usaha-usaha di masa akan datang bagi membantu anak-anak yatim PPDB.



Dikeluarka​n oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​​​​​​​​​​​​​​​​


Attachments