Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

MAJLIS PENYAMPAIAN DERMA ANAK-ANAK YATIM PPDB

​GADONG, Sabtu 23 Mac - Seramai 55 orang anak yatim warga Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menerima sumbangan pada majlis penyampaian derma untuk anak-anak yatim bagi warga Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) yang diadakan di Dewan Bankuet, Kompleks Ibu Pejabat Polis Gadong pada 23 Mac 2024. 

Hadir menyampaikan derma-derma tersebut ialah Pesuruhjaya Polis Pasukan Polis Diraja Brunei, Yang Mulia Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali bersama Yang Mulia Pengiran Datin Hajah Zauyah binti Pengiran Haji Sulaiman selaku Yang Dipertua Perkumpulan Kebajikan Isteri dan Keluarga Polis (PEKERTI). 

Turut hadir bagi sama-sama menyampaikan derma berkenaan ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis Pasukan Polis Diraja Brunei, Yang Mulia Dato Seri Pahlawan Awang Sulaiman bin Alidin dan Yang Mulia Datin Sabrina Aziemah binti Abdullah Chong selaku Pengerusi PEKERTI. 

Majlis ini merupakan salah satu usaha untuk menyalurkan sumbangan khusus kepada anak-anak yatim PPDB bertujuan untuk membantu sedikit sebanyak dalam menampung perbelanjaan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi.



Dikeluarka​n oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​​​​​​​​​​​​​​​​


Attachments