Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

OPS SEPADU SERBU RUMAH KARAOKE

BRUNEI MUARA, Jumaat 22 Mac - Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) melalui Daerah Polis Brunei Muara telah menjalankan satu Operasi Sepadu bersama agensi-agensi penguatkuasa undang-undang yang melibatkan pegawai dan anggota dari Daerah Polis Brunei Muara, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Jabatan Daerah Brunei dan Muara (JDBM) dan Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP). 

Sasaran operasi adalah di kawasan perumahan di Mukim Berakas dan dipercayai mengadakan kegiatan bunyi-bunyian (karaoke). Operasi berkenaan yang dimulakan dalam sekitar jam 10.30 malam telah diketuai oleh Pemangku Pegawai Pemerintah Daerah Polis Brunei Muara. 

Hasil dari operasi tersebut, semua peralatan elektronik seperti speaker, televisyen dan mikrofon telah dirampas dan dibawa ke balai. Pemilik-pemilik rumah bersama pelanggan-pelanggan juga telah dibawa ke balai untuk siasatan lanjut. 

Operasi ini adalah salah satu usaha berterusan agensi-agensi penguatkuasa undang-undang dan peraturan-peraturan di Daerah Brunei dan Muara dalam misi membanteras dan membendung kegiatan-kegiatan yang melanggar undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkuatkuasa pada masa ini. 



Dikeluarka​n oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​​​​​​​​​​​​​​​​


Attachments