Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

PENEMUAN BARANG TEGAHAN ROKOK

​TEMBURONG, Khamis 8 Februari – Pegawai dan Anggota Special Duty (SD) serta anggota peronda Balai Polis Bangar, Daerah Polis Temburong telah membuat pemantauan jenayah dari kawasan Pekan Bangar sehingga ke ujung jambatan Sultan Haji Omar Ali Saifuddin (SHOAS) hala dari Temburong ke BSB. Kira-kira 0420hrs, sebuah kereta jenis Mitsubishi Lancer warna putih cuba ditahan dalam sekatan "Stop and Search" dan pemandu tersebut tidak mahu berhenti dan telah melanggar 2 buah kereta peronda dan sebuah kereta persendirian ahli SD dan memecut melarikan diri. Usaha mengejar kereta tersebut pun berlaku dan menjumpai kereta tersebut ditinggalkan tanpa pemandu di kawasan simpang Mangrove Paradise Resort, Kg Serdang BSB. 

Hasil pemeriksaan didapati di dalam kereta tersebut ada membawa beberapa kotak yang dipercayai barang tegahan. Kereta telah dibawa ke Balai Polis Bangar untuk tindakan selanjutnya. 

Hasil pemeriksaan didapati barang-barang yang tidak diisytiharkan iaitu 10 kotak besar dan 16 kotak kecil yang mengandungi berjumlah 660 karton rokok. Kereta dan semua barang-barang tersebut diserahkan ke Jabatan Kastam dan Eksais Diraja bagi siasatan dan tindakan selanjutnya. 

Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) akan sentiasa membuat pemantauan dan risikan serta akan mengambil tindakan pada setiap kegiatan-kegiatan yang menyalahi undang-undang di negara ini. Dan juga Pihak Polis ingin menyarankan kepada orang ramai agar dapat memberikan apa jua jenis maklumat dengan mengongsikan ke talian kecemasan 993 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan. 




Dikeluarka​n oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​​​​​​​​​​​​​​​​


Attachments